Pages

Wednesday, December 5, 2012

Healing crisis - Krisis pemulihan


Penting untuk di baca :)

Harini saya akan share tentang healing crisis yang kadangkala dialami oleh anda apabila mengambil supplement. Kadang-kadang kita akan rasa bertambah teruk dari sebelumnya apabila mengambil supplement. Mungkin anda sedang mengalami healing crisis. Jom review apa yang selalunya berlaku dan kenapa serta apa jalan penyelesaiaannya. 


Apakah yang dimaksudkan dengan krisis pemulihan?

  • Krisis pemulihan merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semuka sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. 
  • Proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul disalam badan sepanjang hidup. 
  • badan akan mengalami tanda atau simpton yang membuatkan rasa tidak selesa. 
  • Dalam perubatan Cina, Penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis pemulihan. 
Mengapa krisis pemulihan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?


  • Apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan sekaligus meransang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan baru dan lain-lain lagi. 
  • Contoh : ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus dan sebagainya. Ini merupakan tanda badan anda sedang menjalani proses menyahtoksin.
  • Perumpamaan lain : Bayangkan badan anda seperti paip yang berkarat ->letakkan serbuk anti karat/pencuci paip ->banyak karat akan terhakis keluar (menyahtoksin) -> menyebabkan  air dari salur paip tersebut kelihatan teruk ketika kotoran sedang terhakis -> selepas karat disingkirkan paip tersebut menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru. 
Adakah krisis pemulihan petanda baik?
  • Ya. menunjukkan rawatan atau supplement yang diambil benar-benar berkesan. 
  • Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku pada orang yang sihat kerana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses pemulihan berlaku. 

Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simpton yang sama semasa krisis pemulihan?
  • Setiap orang berbeza dan sesetengah mengalami krisis pemulihan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan.
  • Sesetengah mengalami selepas satu atau dua bulan. 
  • Lebih banyak toksin dalam badan, lebih teruk krisis pemulihannya. 

Secara umumnya, berapa lama tempoh bagi krisis pemulihan ini?
  • Bergantung kepada keadaan individu, mungkin tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 
Ramai orang bertambah baik selepas mengambil supplement, tetapi ada juga yang tidak mengalami perubahan, mengapa?
  • Selalunya selepas 1-2bulan pengambilan supplement, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya seperti tenaga bertambah, pergerakan sistem usus lebih baik dll. sekiranya tiada peningkatan berkemungkinan anda mempunyai masalah berikut : 

1. Pengambilan tidak konsisten
2. Tidak mengikut dos yang ditetapkan
3. Takut kepada krisis pemulihan, lalu berhenti mengambilnya
4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat/pemakanan tidak sihat
5. Penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6. Mengalami masalah emosi/keadaan tubuh yang kronik





Tanda Krisis Memulihan (healing crisis) dan Kemungkinan Punca


Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)Masalah buah pinggang
Bagaimana melalui fasa krisis pemulihan ini?
  • Banyakkan minum air kosong
  • Rehat secukupnya
  • Makan lebih sayuran dan buahan

No comments:

Post a Comment