Pages

Friday, December 14, 2012

Kenapa kita perlukan vitamin/makanan tambahan

Pada zaman sekarang, pengambilan vitamin/makanan tambahan sangat popular dikalangan masyarakat kita. Sudah ramai yang sedar kepentingan pengambilan vitamin/makanan tambahan selain mengambil makanan segar. Jom tengok kenapa kita perlukan vitamin/makanan tambahan especially di zaman yang penuh dengan pencemaran sana sini. 








Kenapa kita perlukan vitamin/makanan tambahan?

1. Penghadaman makanan yang tidak sempurna: Hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda.Orang yang memakai gigi palsu perlu berhati-hati dalam situasi begini.

2. Pemakanan dan peminuman: Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

3. Pengambilan alkohol: Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

4.  Merokok: Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.

5. Pengambilan julap: Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.

6. Proses pemasakan: Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

7. Sakit: Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.

8. Tekanan: Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).

So tak salah anda laburkan sedikit untuk mengambil vitamin/makanan tambahan demi menjaga dan mengekalkan kesihatan anda ke tahap yang lebih baik. Mungkin bukan untuk jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa panjang. 

Syada Arshad
Sms/Whatsapp 0172350706
SID : 889135

Thursday, December 13, 2012

Sihat dan cantik bersama Shaklee Collagen Powder

Untuk pengetahuan semua, Shaklee juga ada mengeluarkan Collagen. Dengan Collagen Powder by Shaklee ni anda boleh dapatkan kulit yang cantik, anjal dan sihat. Tak perlu lagi dah nak make up then letak foundation tebal-tebal. Just make sure kulit anda sihat dan bersih dah cukup untuk buat anda nampak cantik luar dan dalam.
Jom kita tengok apa itu kolagen, kebaikan serta kesan kekurangannya. 

Apa itu kolagen?

Kolagen adalah komponen UTAMA dalam kulit kita dan bertindak sebagai tisu penyambung yang membantu membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit,rambut,kuku,ligamen,otot,tulang,sendi,tendon,mata,gusi dan saluran darah. Untuk pengetahuan anda, kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan juga organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa. 




Kebaikan kolagen seperti yang anda ketahui terkenal sebagai anti penuaan. Selain itu kolagen membantu dalam mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan serta membantu memulihkan masalah kulit. Kolagen juga mencantik dan menyuburkan rambut, menegangkan payudara, menguatkan tulang, mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi. 

Kesan kekurangan kolagen 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25tahun. Selepas usia 45-50tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. 

Secara umumnya kesan kekurangan kolagen adalah kesan-kesan penuaan seperti kulit kusam, berkedut dan kendur, pigmentasi kulit, cepat letih dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan rambut semakin lemah dan kurang. 

Bagaimana memilih produk kolagen terbaik?

Pernahkah anda terfikir, kenapa sesetengah produk kolagen tidak mempamerkan unit daltonnya? Unit dalton adalah unit yang digunakan untuk mengukur saiz jisim molekul. Semakin rendah nilai dalton semakin tinggi potensinya untuk diserap dengan efektif kedalam badan. Collagen powder Shaklee molekulnya sangat ringan iaitu sebanyak 1000 dalton sahaja. Awas : Jika molekulnya terlalu besar, ianya idak dapat diserap sepenuhnya kedalam badan dan selebihnya termendak didalam badan dan kemungkinan besar akan jadi risiko lain pula di dalam badan. 






Apa yang membezakan Shaklee Collagen Powder berbanding kolagen lain di pasaran? 

Shaklee Collagen Powder 





  • Kolagen dari sumber sisik ikan merah - boleh menahan tekanan sehingga 20paun. Bertelur dan hidup bebas didalam lautan yang dalam. menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak. 

  * sangat lasak dan elastik *
* kepaduan sel yang tinggi *
  * tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan *
* jisim molekul yang sangat RENDAH *

  • Shaklee menambahkan 7 ramuan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen seperti


 Ekstrak biji benih Camelia Japonica 
- Melembapkan kulit, bertindak sebagai antioksidan dan mengurangkan radikal bebas

Ekstrak Pfafia
- Menyokong pembetukan kolagen dan asid hialuronik. Menghidratkan tisu badan dan menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan rata

Elastin Kolagen Ikan
- Mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit serta menjadikan kulit lebih gebu

Ekstrak kerang-kerangan
- Melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus acidophilus
- Bakteria baik yang memudahkan pembinaan semula usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

Vitamin C
- Menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit dan menjadikan kulit kusam dan tidak cantik

Vitamin B
- Mematabolismakan karbohidrat, lemak, dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel

Kebaikan Shaklee Collagen Powder


  • Anti penuaan - mengurangkan pori-pori, kedutan dan garis-garis halus pada wajah
  • Melembapkan - melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas
  • Menganjalkan - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan kulit
  • Melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • Menyuburkan - menggalakkan kuku yang sihat dan kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • Mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara


TERBUKTI BERKESAN!


Ujian klinikal Kolagen Shaklee

60% lebih LEMBAP
75% lebih LICIN
80% kurang KEDUTAN
90% lebih KESERIAN

71% pengguna merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan selama 8minggu berturut-turut. 

Kelebihan lain yang ada pada Shaklee Collagen Powder adalah : 

  • MUDAH LARUT dalam air dan mudah di bawa kemana-mana
  • TIADA perangsang, tiada gula, tiada pengawet dan pewarna. Semua 100% TULEN, semulajadi dan selamat
  • ENAK dicampur dengan minuman kegemaran anda
Shaklee Collagen Powder mahal?

Mahal atau murah terpulang kepada individu. Yang pasti Shaklee Collagen Powder telah diuji secara klinikal untuk memastikan kualiti dan keberkesanannya. Harga untuk kesihatan yang baik juga mahal. Jadi pelaburan untuk kesihatan diri sepatutnya didahulukan berbanding benda-benda lain. Tepuk dada tanya selera. InsyaAllah anda akan rasa ianya sangat berbaloi.

More info/order :

Syada Arshad
Sms/Whatsapp 0172350706
FB : http://www.facebook.com/syada.arshad


Wednesday, December 5, 2012

Healing crisis - Krisis pemulihan


Penting untuk di baca :)

Harini saya akan share tentang healing crisis yang kadangkala dialami oleh anda apabila mengambil supplement. Kadang-kadang kita akan rasa bertambah teruk dari sebelumnya apabila mengambil supplement. Mungkin anda sedang mengalami healing crisis. Jom review apa yang selalunya berlaku dan kenapa serta apa jalan penyelesaiaannya. 


Apakah yang dimaksudkan dengan krisis pemulihan?

  • Krisis pemulihan merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semuka sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. 
  • Proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul disalam badan sepanjang hidup. 
  • badan akan mengalami tanda atau simpton yang membuatkan rasa tidak selesa. 
  • Dalam perubatan Cina, Penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis pemulihan. 
Mengapa krisis pemulihan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?


  • Apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan sekaligus meransang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan baru dan lain-lain lagi. 
  • Contoh : ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus dan sebagainya. Ini merupakan tanda badan anda sedang menjalani proses menyahtoksin.
  • Perumpamaan lain : Bayangkan badan anda seperti paip yang berkarat ->letakkan serbuk anti karat/pencuci paip ->banyak karat akan terhakis keluar (menyahtoksin) -> menyebabkan  air dari salur paip tersebut kelihatan teruk ketika kotoran sedang terhakis -> selepas karat disingkirkan paip tersebut menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru. 
Adakah krisis pemulihan petanda baik?
  • Ya. menunjukkan rawatan atau supplement yang diambil benar-benar berkesan. 
  • Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku pada orang yang sihat kerana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses pemulihan berlaku. 

Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simpton yang sama semasa krisis pemulihan?
  • Setiap orang berbeza dan sesetengah mengalami krisis pemulihan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan.
  • Sesetengah mengalami selepas satu atau dua bulan. 
  • Lebih banyak toksin dalam badan, lebih teruk krisis pemulihannya. 

Secara umumnya, berapa lama tempoh bagi krisis pemulihan ini?
  • Bergantung kepada keadaan individu, mungkin tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 
Ramai orang bertambah baik selepas mengambil supplement, tetapi ada juga yang tidak mengalami perubahan, mengapa?
  • Selalunya selepas 1-2bulan pengambilan supplement, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya seperti tenaga bertambah, pergerakan sistem usus lebih baik dll. sekiranya tiada peningkatan berkemungkinan anda mempunyai masalah berikut : 

1. Pengambilan tidak konsisten
2. Tidak mengikut dos yang ditetapkan
3. Takut kepada krisis pemulihan, lalu berhenti mengambilnya
4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat/pemakanan tidak sihat
5. Penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6. Mengalami masalah emosi/keadaan tubuh yang kronik





Tanda Krisis Memulihan (healing crisis) dan Kemungkinan Punca


Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)Masalah buah pinggang
Bagaimana melalui fasa krisis pemulihan ini?
  • Banyakkan minum air kosong
  • Rehat secukupnya
  • Makan lebih sayuran dan buahan

Monday, December 3, 2012

Waktu terbaik minum air masak

Air masak sangat penting untuk memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengawal berat badan kita. Bila air dalam badan cukup, sekaligus membantu membakar kalori dalam tubuh. 




Jom tengok waktu-waktu terbaik minum air masak selain time haus.

Sebelum tidur 


  • Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga stroke.


Bangun tidur


  • Tujuannya bagi mengaktifkan organ dalaman kita selain awet muda :)


Sebelum mandi


  • Tujuannya bagi melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita. 


Sebelum makan


  • Seeloknya 30minit sebelum makan. Tujuannya membantu sistem penghadaman dimana erut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. 


Kita bolehlah amalkan waktu-waktu minum ni selain minum dengan secukupnya di waktu lain. Sekiranya anda pengamal supplemen especially Shaklee seeloknya minum 2-3liter sehari. 

  • Supplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami healing crisis(saya akan ceritakan apa itu healing crisis di entri akan datang)
  • Pengambilan supplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. so kit aperlu minum banyak  air. 
Jom lebihkan minum air masak dari air manis-manis :) 
Senyum manis selalu takpe :)


Tuesday, November 27, 2012

Vitamin C - wajib ada disetiap rumah

[INFO]

Sustained Release Vita-C™ 500 mg



 Tanda-tanda kekurangan Vitamin C :



  • Mudah selsema
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki jadi keras dan kasar
  • Gusi mudah berdarah
  • Mudah stress
  • Mudah bersin
  • Luka lambat baik
  • Wajah nampak tua berbanding umur (Vita-C membantu pembetukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • Penyakit Skurvi

Anda boleh cuba sendiri untuk mengetahui samada anda kekurangan Vita-C atau tak dengan bila gosok gigi, gusi anda mudah berdarah dan goreskan kulit tangan dengan kuku sendiri,jika ia menghasilkan 1 garisan putih yang jelas, maka itu tandanya anda kekurangan Vita-C.



Antara fungsi Vita-C secara umum :
  • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
  • Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.
  • Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. 
  • Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. 
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. 
  • Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. 
  • Sedangkan racun labah-labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 
  • Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . 
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen.
  • Vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam
  • Boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts)
  • Mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Kenapa Vita-C Shaklee menjadi pilihan :



  • Sumber Vitamin C semulajadi yang disalurkan jam demi jam (sustained release)
  • Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian
  • Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu menyalurkan vitamin C berterusan
  • Vita-C 500mg semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh
  • Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi, gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan
  • Tiada perasa tiruan,pemanis,pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 credit : MIA

 
More info/order :
Syada
Sms/Whatsapp 0172350706


Saturday, November 24, 2012

Kenapa sarapan pagi penting

Adakah anda mengambil sarapan pagi? Nak kurus tapi taknak sarapan? Anda mungkin dalam masalah. Sebab sarapan sangat penting dalam permulaan harian anda. Kajian menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk.

Setelah anda bangun dari tidur, paras gula dalam darah akan menurun dan rendah kerana perut anda sudah kosong dan kekurangan air. Jadi kita wajib mengambil sarapan untuk menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. So kadar metabolisme akan meningkat bagi membantu proses pembakaran lemak.





Tapi harus diingat ye, jangan mengambil sarapan seperti nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Tak lupa juga teh tarik yang menjadi favourite rakyat Malaysia. a big NO! Semua makanan tersebut mengandungi kandungan gula dan kalori yang tinggi. Tapi kalau sekali sekala nak makan tak salah. Cuma jangan di amalkan sangat setiap hari. 

Waktu terbaik untuk menikmati sarapan adalah sejam selepas bangun dari tidur. Sarapan apa yang baik untuk anda? 

Protein dan jus2 segar dari buah sebenarnya amat bagus untuk menu sarapan anda. Makanan yang kaya dengan serat seperti buah amat baik untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Manakala pengambilan protein dapat memanjangkan rasa kenyang dan lebih sesuai daripada mengambil karbohidrat di waktu pagi. Protein dapat beri kita tenaga berpanjangan. 

Mungkin ada diantara kita yang tidak sempat untuk sediakan sarapan yang sihat memandangkan kekangan masa pada zaman sekarang yang memerlukan kita mengejar masa. So saya ada beberapa pilihan untuk anda. Sihat dan cepat. 

Energizing Soy Protein(ESP) sangat sesuai dan mudah untuk disediakan. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda, anda akan dapat segala nutrien yang diperlukan badan untuk memulakan hari anda. ESP mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh dan yang penting bebas kolestrol dan rendah lemak. 

Anda juga boleh mencuba Mealshakes. Mealshakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. 

Dan mungkin anda seorang yang sangat aktif, anda boleh mencuba Performance Drink kerana ia mengandungi lebih elektrolit  dan mampu memberi tenaga segera di pagi hari selain membantu anda dari mengalami dehidrasi. 




Pilihan saya? ESP! Sangat berpuas hati mulakan hari saya dengan ESP. Rasa kenyang dan bertenaga. 

Berminat boleh hubungi :

Syada 
Sms/Whatsapp 0172350706





Friday, November 23, 2012

Set Family Wellness Shaklee - supplemen asas seisi keluarga

Set Family Wellness Shaklee ini memang sesuai untuk anda yang selalu letih,kurang bertenaga, memerlukan extra tenaga dan lesu. Maklumla seharian bekerja then balik rumah nak buat kerja rumah dan sebagainya.  Anda boleh cuba supplemen asas ni seisi keluarga. Semua orang boleh ambil kecuali mereka yang mempunyai masalah buah pinggang. 





Energizing Soy Protein (ESP)
  • Untuk pekerja/individu dewasa- bertindak sebagai energy booster. minum pagi2 tu anda akan rasa energetic. kenyang!
  • Untuk ibu yang menyusukan anak - set ni sesuai untuk anda. just add on ostematrix dan alfalfa untuk milk booster (D&S apply)
  • Untuk ibu mengandung- set ni sesuai juga untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. 
  • Untuk ibu berpantang - Ini juga set untuk anda tambah tenaga.  just add on zinc untuk ubati luka bersalin juga sesuai untuk mereka yang lepas pembedahan
  • Untuk mereka yang inginkan kulit yang sihat dan anjal, set ni amat seuai untuk anda. mungkin anda boleh tambah Vitamin e/GLA complex/ Zinc mengikut kesesuaian
  • Seluruh ahli keluarga anda boleh amalkan supplemen asas ni untuk menjaga kesihatan. 


B complex
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Membantu menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga. 
  • Membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam tubuh. 


Vitamin C (sustained release vita- c)

  • Vitamin c dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin c berterusan. 
  • Untuk kulit yang sihat
  • Menjaga salur darah agar tidak mudah pecah,mencegah pengerasan salur darah,membantu proses metabolisme kolesterol iaitu pembetukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. sebab tu mereka yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin c bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat. 
  • Menyokong tulang,gig dan gusi yang sihat serta keseluruhan tubuh badan. 

Vitalea dengan formula zat besi
  •  Tanpa zat besi secukupnya, kita boleh menghadapi kekurangan sel darah dan tekanan darah rendah (HB low). Vitalea mengandungi 12 jenis vitamin dan 7 galian yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh. 
  • Membantu mencantikkan kulit wajah,kuku,rambut yang kuat dari segi akarnya,membantu mencegah penyakit tiroid (tiroid terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat dalam vitalea)

So apa tunggu lagi. Dapatkan set Family Wellness Shaklee ni sekarang. Elok juga dihadiahkan pada mak ayah. Atleast mereka dapat faedah dari hadiah yang kita bagi. Selalu dah bagi hadiah berbentuk kebendaan. Tak salah sekali sekala tukar sket bagi dalam bentuk supplemen pulak. Seisi keluarga boleh makan. Sama-sama jaga kesihatan :)

 kita hanya usaha,Allah SWT jua menentukan 

Berminat boleh hubungi :

Syada
Sms/Whatsapp 0172350706

Wednesday, November 21, 2012

[Testimonial Alfalfa Shaklee] - Untuk para isteri

Note : Testimonial ni agak 18sx. So sesiapa yang dah berumahtangga ja digalakkan baca sebab takut yang belum kahwin baca nanti rasa semacam pulak kan hehe






Mesti para isteri tersenyum lebar baca ni. Alfalfa yang dikenali as 'milk booster' ni bukan saja bagus untuk mereka yang menyusukan anak, tapi bagus juga untuk mereka yang ada alergi dan resdung. Dan paling best bagus untuk dalaman wanita. Bertindak seperti 'kacip fatimah'

Promosi Alfalfa masih berjalan sehingga hujung bulan ni. Jom dapatkan Alfalfa anda sekarang! Tak rugi beli sekarang sebab harga tengah murah sempena November promotion by Shaklee. 

* Ibu mengandung, pesakit SLE, pesakit Thalasemia tidak digalakkan mengambil Alfalfa


More info/order :

Syada
0172350706

Monday, November 19, 2012

Berpantang bersama Set Berpantang Shaklee

Pengambilan vitamin mahupun jamu ketika berpantang memang menjadi kemestian ibu-ibu pada harini untuk memastikan tahap kesihatan dalaman sentiasa berada didalam keadaan yang baik untuk jangka masa panjang. Bak kata orang 'badan nak pakai lama' :) Jangan sesekali ambil mudah dan pandang ringan tentang berpantang. Apa yang kita makan harini, akan memberi kesan pada masa hadapan.

Jom tengok Set berpantang Shaklee yang terdiri dari :





1. Vitamin C - Penting untuk pembetukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka serta membaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin

2. Vitalea (Multivitamin with iron) -  Time berpantang makanan yang boleh dimakan amat terhad. So vitalea ni membantu memberi segala keperluan yang diperlukan badan sebab terdiri dari pelbagai kumpulan vitamin dan mineral. Iron (zat besi) membantu dalam penghasilan darah merah memandangkan time bersalin ibu-ibu kehilangan banyak darah. Mereka yang kekurangan iron akan kelihatan tidak bermaya, pucat dan letih. 

3. B complex - Bertindak sebagai anti stress, menstabilkan emosi dan membantu mengelakkan kemurungan. Ibu lepas bersalin memang cenderung untuk mudah stress dan dikhuatiri 'meroyan' ketika berpantang. Selain itu, ia membantu menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, so ibu akan rasa lebih bertenaga. 

4. Zinc complex - Bagi yang tak makan ikan haruan, zinc adalah pilihan terbaik. Disamping membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, zinc juga membantu dalam masalah 'kedinginan' selepas bersalin serta mengurangkan keguguran rambut. 


Ibu-ibu yang mempunyai budget lebih boleh jugak add on Energizing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix. ESP membantu dalam penyusuan disamping membantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Manakala Ostematrix amat sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami sembelit ketika berpantang.

For more info : 

Syada 
0172350706


Friday, November 9, 2012

Kebaikan Omega


Omega adalah asid lemak yang mempunyai minyak-minyak penting yang diperlukan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian.

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA (selalu kita dengar kat iklan2 susu formula di tv kan ). Antara kebaikan bahan-bahan ini : 


  • Membantu perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan keradangan
  • Menyokong sistem saraf
  • Membantu fungsi mata
  • Melancarkan pengaliran darah,atasi darah beku dan kawal tekanan darah
  • Membantu penurunan berat badan
  • Mencegah arthritis
  • Baik untung jantung
  • Mencegah kanser




Sumber Omega - Telur, ikan salmon, tuna, sardin, bilis, makarel  


Mampukah kita memperolehi kebaikan Omega 3 dengan hanya memakan ikan salmon dan lain2? Ya boleh, jika anda tinggal dalam kawasan yang bebas pencemaran, uadara segar bersih, ikan tanpa unsur merkuri, ayam tanpa suntikan dan pilihan makanan organik 100%.  Juga bebas dari pencemaran asap rokok, kenderaan dan sebagainya 

Kebenarannya kita tidak mampu lagi menikmati kehidupan sebegini iaitu kehidupan zaman nenek moyang kita dahulu. 




Kenapa Omega Guard Shaklee?

Ultratulen & Bergred Farmaseutikal iaitu dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di kebanyakan jenis ikan. 

Minyak ikan terbaik dunia - Mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 semulajadi

So, mari dapatkan Omega Guard sekarang dan boleh hadiahkan untuk yang tersayang sambil 

  • Menyokong kesihatan jantung ibu dan ayah 
  • Meningkatkan kecerdasan minda anak
  • Mengurangkan kolestrol diri dan ahli keluarga
  • Melegakan sakit lutut dan sendi ibu, ayah, nenek dan sebagainya
Ingat, mencegah lebih baik dari merawat dan makanan tambahan bukan jaminan anda 100% bebas penyakit tetapi boleh mengurangkan tahap jangkitan/penyakit tersebut. 

Berminat boleh hubungi 

Syada
0172350706

Wednesday, November 7, 2012

Kenapa Shaklee

Di pasaran sekarang terdapat perlbagai jenis vitamin dan supplemen. Vitamin dan supplemen tersebut terbahagi kepada 2 jenis iaitu vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Vitamin semulajadi adalah vitamin yang di ekstrak daripada bahan semulajadi manakala sintetik adalah vitamin buatan yang dibuat manusia melalui tindak balas kimia. 

Vitamin semulajadi dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ianya bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan memberi kesan yang lebih baik. 

Berbeza dengan vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ianya tetap tidak sama dengan vitamin semulajadi apatah makanan asli. Ini keranan penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Vitamin sintetik meberi kesan sama ada jangka masa pendek atau panjang.


Untuk contoh yang mudah, anda akan jumpa silica gel dalam sesetengah vitamin. Actually fungsi silica gel adalah bagi mengelakkan pil tersebut dari dirosakkan oleh wap air yang mungkin terperangkap di dalam botol. Silica gel adalah sejenis 'desiccant' iaitu ia berfungsi untuk menyerap lembapan. Sebab itulah kita akan jumpa silica gel ni dalam kotak2 kasut kulit bagi menegelakkan pertumbuhan kulat. Even dalam kotak elektrik pun ada diletakkan silica gel bagi menghalang lembapan merosakkan alatan tersebut. 




Sebenarnya silica gel adalah bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan khusunya vitamin. Ini kerana apabila adanya kehadiran silica gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik. 

Semua vitamin Shaklee ( kecuali Vitamin C dan Vitalea for children) tidak disertakan dengan silica gel. Kenapa? Sebab vitamin keluaran Shaklee adalah semulajadi. Ramai tidak mahu membeli vitmain semulajadi dengan alasan harganya mahal. Namun kita perlu sedar harga vitamin semulajadi sebenarnya mampu milik dan tidak membebankan. Kesihatan yang baik adalah pelaburan yang menguntungkan. Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan silica gel. Jika anda berkemampuan apa salahnya beli yang lebih baik? Pilhan di tangan kita.

Berhati-hatilah  dengan set supplemen yang datangnya dengan silica gel

Untuk dapatkan vitamin keluaran Shaklee boleh hubungi saya : 

Syada 
017 2350706

Tuesday, November 6, 2012

Vitamin E ~ vitamin cinta

[INFO]




Antara kebaikan Vitamin E adalah : 


  • Melambatkan sistem penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit
  • Anti oksidan
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan
  • Mengurangkan risiko Alzheimer ( nyanyuk)
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Mengurangkan risiko parut yang besar
  • Merendahkan kadar kolestrol
  • Membantu mencegah kanser
  • Merendahkan risiko katarak
  • Membantu pengaliran darah lebih lancar




Vitamin E juga dikenali sebangai 'Vitamin Cinta' kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Vitamin ini sangat membantu dalam aspek kesuburan dimana bagi ibu-ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Jadi pengambilan vitamin ini membantu mengatasi masalah kedinginan. 


Untuk lelaki - Vitamin E membantu dari segi kesuburan sperm, menigkatkan pergerakan sperma dan menambah bilangan sperma dan improve sexual drive. 

Boleh hubungi saya sekiranya berminat :

Syada
017 2350706